Friday 11 November 2011

Keputusan perlawanan acara bola sepak Sukan Sea 2011(indonesia)11/11/11

http://img406.imageshack.us/img406/16/logoseagames2011.jpg
Dibawah ini adalah keputusan perlawanan bagi pasukan A dan B untuk 11/11/2011. Kumpulan A , dua perlawanan dan kumpulan B satu perlawanan. Siapa penjaring akan diupdate:

Kumpulan A

SINGAPORE [0] VS [2] INDONESIA
*Singapura mendapat kad merah pada minit ke 23.
THAILAND [4] VS CAMBODIA [0]

Kumpulan B

PHILIPPINES [3] VS LAOS [2]
Philippines bangkit biarpun bermain 10 orang pada minit ke 67.
Kedudukan carta terkini :
carta sukan bola sepak sukan sea 2011, kedudukan terkini bolasepak sukan sea 2011carta sukan bola sepak sukan sea 2011, kedudukan terkini bolasepak sukan sea 2011
Read more ...

Wednesday 9 November 2011

Keputusan perlawanan acara bola sepak Sukan Sea 2011(indonesia)9/11/11

http://img406.imageshack.us/img406/16/logoseagames2011.jpg
Dibawah ini adalah keputusan semua bagi acara bola sepak beserta penjaring dan mengikut kumpulan A dan B bertarikh 9/11/2011 (hari rabu) di sukan Sea 2011.
Kumpulan A
MALAYSIA U23 [2] VS THAILAND U23 [1]
Baddrol bakhtiar (24), T Natarid (78), Izzaq Faris (85)
SINGAPURA U23 [2] VS CAMBODIA U23 [1]
*Cambodia bermain 10 orang setelah dikenakan 1 kad merah
Kumpulan B
TIMOR LESTE U23 [0] VS VIETNAM U23 [2]
*timor leste bermain 10 orang setelah dikenakan 1 kad merah
MYANMAR U23 [4] VS BRUNEI U23 [0]
Kedudukan carta terkini  Kumpulan A dan B untuk 9/11/201.
carta sukan bola sepak sukan sea 2011, kedudukan terkini bolasepak sukan sea 2011, carta kumpulan A bola sepak sukan sea 2011,carta kumpulan B sukan sea 2011, carta terkini kumpulan A dan B bolasepak sukan sea 2011
carta sukan bola sepak sukan sea 2011, kedudukan terkini bolasepak sukan sea 2011, carta kumpulan A bola sepak sukan sea 2011,carta kumpulan B sukan sea 2011, carta terkini kumpulan A dan B bolasepak sukan sea 2011

Pemain Malaysia meraikan jaringan Baddrol Bahtiar pada perlawanan menentang Thailand di Stadium Gelora Bung Karno, semalam. Malaysia menang 2-1.
Pemain Malaysia meraikan jaringan Baddrol Bahtiar pada perlawanan menentang Thailand di Stadium Gelora Bung Karno, semalam. Malaysia menang 2-1.
Anak buah Kim Swee tampil garang benam Thailand

HARIMAU Muda kembali mengaum. Selepas hambar diikat Singapura, Malaysia mencipta kemenangan pertama ke atas Thailand 2-1 pada perlawanan kedua Kumpulan A Sukan SEA XXVI di Jakarta, semalam untuk mencerahkan peluang ke peringkat separuh akhir, seterusnya di landasan tepat mempertahankan pingat emas temasya dwitahunan itu.

Pada saingan di Gelora Bung Karno semalam, skuad Bawah 23 kendalian Ong Kim Swee tampil mempamerkan corak lebih meyakinkan berbanding aksi pertama Isnin lalu, dengan gerakan pantas dan beberapa gerakan jaringan yang kemas.
Kemasukan perancang 17 tahun, Nazmi Faiz jelas memberi perubahan mendadak kepada pergerakan jentera tengah dan Kim Swee berharap kecederaan dialami pemain itu pada babak kedua semalam, tidak serius.
“Nazmi baru berusia 17 tahun tetapi permainannya bertaraf antarabangsa,” kata Kim Swee sejurus tamat perlawanan. “Dia terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan tetapi saya yakin ia tidak serius.

“Kami mempunyai tempoh empat hari untuk persiapan menentang Kemboja dan saya harap ia cukup untuk pemulihan pemain. Kemboja bukan pasukan mudah dan waktu rehat panjang ini bakal membantu kami.”

Saya tak sangka: Izzaq

Pada perlawanan semalam, Kim Swee menyenaraikan Nazmi dalam kesebelasan pertama dan fungsinya di depan barisan pertahanan banyak membantu pasukan dalam mengatur serangan ke kubu Thailand.
Kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar memecah kebuntuan dengan meledak gol pertama negara pada minit ke-25 tetapi kelalaian seketika membolehkan barisan dikendalikan jurulatih Prapol Pongpanich menyamakan kedudukan pada minit ke-77 menerusi rembatan Natarid Thammarossopon.

Namun percaturan Kim Swee memasukkan Izzaq Faris Ramlan untuk bergandingan dengan Ahmad Fakri Saarani pada baki 10 minit sebelum tamat, membuahkan hasil apabila penyerang tinggi lampai itu meledak gol kemenangan dengan sepakan lencong kaki kiri yang menarik pada minit ke-85.

“Saya tidak sangka akan diturunkan hari ini (semalam) dan peluang beraksi itu saya gunakan sebaik mungkin. Saya lebih gembira dapat menjaringkan gol dan ini baik untuk karier saya,” kata Izzaq.
Read more ...

Monday 7 November 2011

Keputusan perlawanan acara bola sepak Sukan Sea 2011(indonesia)7/11/11

http://img406.imageshack.us/img406/16/logoseagames2011.jpg
Keputusan semua bagi acara bola sepak beserta penjaring dan mengikut kumpulan A dan B bertarikh 7/11/2011 di sukan Sea 2011.
Kumpulan A
MALAYSIA [0] VS SINGAPURA [0]
INDONESIA [6] VS CAMBODIA [0]
Titus Bonai (27′), Patrich Wanggai (30′, 40′), Gunawan Dwi Cahyo (35′), Andik Vermansyah (80′), Ramdani Lestaluhu (84′)
Kumpulan B
TIMOR LESTE [2] VS  PHILIPPINES [1]
Murilo Ribeiro (17′), Fidel Santos (48′) – Jose Porteria (36′)
LAOS [2] VS BRUNEI [2]
Lamnao Singto (17′), (81′) – Adi Said (33′), (57′)
Red Card (Brunei): Reduan Petara (14′)
Carta kedudukan terkini :
carta sukan bola sepak sukan sea 2011, kedudukan terkini bolasepak sukan sea 2011carta sukan bola sepak sukan sea 2011, kedudukan terkini bolasepak sukan sea 2011
Malaysia hanya mampu seri pertemuan pertama dengan Singapura.
Perlawanan pertama bertemu dengan Negara Jiran, singapura yang sepatutnya kita boleh dapat 3 mata, tetapi berakhir dengan Seri tanpa jaringan. Macam ada beberapa yang tidak kena dengan pemain kita ini.
Namun, kita tidak boleh menyalahkan skuad harimau muda ini. Biarpun seri, namun peluang untuk mara masih ada. Cuma harus melakukan beberapa perubahan strategi dan jangan terlalu bermain bertahan. Dibahagian serangan juga, masih tumpul. Tidak boleh menyandarkan baddrol bakhtiar semata-mata.
Badrol bakhtiar banyak terlepas peluang, kalau tak silap 3 percubaan. Dari sepakan percuma, serangan dari jauh dan sepakan luar kotak penalti yang tersasar sedikit jer (minit-minit terakhir).Pun begitu, sebenarnya malaysia dalam keadaan yang cemas juga. Beberapa percubaan merbahaya dari Singapura tidak boleh dipandang rendah.
Jurulatih singapura berpuas hati dengan keputusan perlawnan ini dan jurulatih Malaysia, Ong Kin Swee aku tak berapa pasti, tetapi mengatakan masih ada peluang dan beberapa perkara yang harus dibaiki.
Perlawanan seterusnya ialah , malaysia akan bertemu dengan Thailand pada hari rabu ini (09/11/2011) , diantara pasukan yang digeruni. Namun, pasukan harimau muda ini tidak boleh menggangap ia satu laluan perit. Harus lakukan sesuautu dan cari peluang dalam keadaan yang tersepit ini.
Read more ...

Monday 31 October 2011

Bola Tampar

Sejarah dan Perkembangan Bola Tampar
Pengenalan

Asal usul bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak jelas, adalah dipercayai bahawa permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah dan Selatan serta di Asia Tenggara. Howard Keith (1942) di dalam bukunya Sports and Games telah melaporkan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada Fraust Ball yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893.

Begitu juga dengan permainan Minton yang dibawa ke Amerika oleh David McConnaughly Jr. pada tahun 1895. Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar.

Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula, bola
keranjang dipukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara.

Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta

pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896.

Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah.

Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan Poland (1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan.

Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi khas telah bermula. Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua. Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan. Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium masing-masing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945 dan 1946.

Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun.

http://www.scribd.com/doc/5991002/Bola-Tampar-

Read more ...

Sukan Futsal

Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawah naugan FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain. Istilah FUTSAL adalah satu istilah antarabangsa. Futsal adalah permainan 5 sebelah yang dimainkan secara dalaman di atas permukaan gelanggang yang berbagai.Asal permainan ini bermula pada tahun 1930 di Montevideo, Uruguay, apabila Juan Carlos Ceriani memperkenalkan bola sepak 5 sebelah untuk pertandingan belia
YMCA. Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindakbalas pantas,hantaran tepat dan cekap minda, ia merupakan permainan yang menyeronokkan dan mencabar bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Pemain-pemain terulung seperti Pele, Zico dan Ronaldo membesar dengan cara ini dan terhutang budi kepada Futsal.Futsal dimainkan dengan hantaran bola rendah, memerlukan pemain menggunakan kemahiran bukan hanya daripada hantaran dan hala tuju bola itu sendiri.Futsal dimainkan di dalam dewan.
PERALATAN DAN KEPERLUAN
• Gelanggang Futsal adalah versi mini bola sepak sebesar gelanggang bola balingan dan boleh disesuaikan.
Follow up:
• Permukaan gelanggang biasanya menggunakan rumput sintetik, alas sintetik, lantai parquet atau simen yang boleh menyerap lantunan.
Bola Futsal
• Dibuat dari kulit atau bahan sintetik
• Size 4 untuk dewasa
• Size 3 untuk junior
• Berat : lebih ringan dari bola sepak biasa 400 – 440 gms.
• Cirri Khas : Daya lantunan 30% kurang dari bola sepak biasa.
Kasut Futsal dan Penghadang Kaki (Shinguard)
• Kasut Futsal disebut juga “Futsalor”, Tapaknya dibuat daripada bahan getah supaya sesuai dengan semua permukaan gelanggang untuk cengkaman yang kuat.
• Diperkuat dengan salutan kulit atau fabrik kanvas di tepi dan hujung kasut.
• Penghadang Kaki (Shinguard) adalah kemestian bagi setiap pemain untuk mengelak dan mengurangkan kecederaan.
• Bahan dan mutu kasut atau shinguard selalunya terdiri daripada jenama terkemuka seperti Nike, Adidas, Topper, Puma, Jordan, Converse dan  lain-lain. Ia dibuat daripada kepingan plastik disaluti penebat seperti
getah.

BAGAIMANA FUTSAL DIMAINKAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA SEPAK
• Bola Saiz 5
• 11 pemain
• 3 gantian
• Balingan ke dalam
• Pengadil Utama dan 2 Pengadil Garisan
• Masa permainan dijaga oleh pengadil utama
• 45 minit separuh masa
• Tendangan Gol
(Goal Kick)
• Undang-undang offside
• Kesalahan tidak terhad
• Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang ditendang semula kepadanya
• Tiada gantian untuk pemain yang dibuang padang
• Tendangan sudut di
garisan “arc”
FUTSAL
• Bola Saiz 4 dengan daya lantunan dikurangkan 30%
• 5 pemain
• Tidak terhad-dengan pemain gantian dipanggil “flying”
• Sepakan ke dalam
• Pengadil utama dan pembantu pengadil dengan kuasa yang sama
• Masa dijaga oleh penjaga masa
• 20 minit separuh masa dengan 1 “time-out” untuk setiap pasukan setiap separuh masa
• Balingan oleh Penjaga Gol (Goalkeeper Throw)
• Tiada tindakan untuk pergeseran bahu atau tekel melunjur (shoulder charges or sliding tackle)
• Peraturan 4 saat untuk mula main
• 5 had kesalahan dan tiada tendangan bebas dengan barisan “wall”
• Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang dihantar balik padanya dengan apa cara sekalipun termasuk
dengan kepala atau dada.
• Hanya sekali “tolak balik” atau “backpass” dibenarkan iaitu selepas bola melepasi garisan tengah atau telah
disentuh pihak lawan.
• Pemain yang dibuang boleh diganti selepas 2 minit atau pihak lawan telah menjaringkan gol. Tendangan
sudut betul-betul di sudut antara pertemuan garisan gol dan tepi.
Perbezaan antara Bola Sepak Biasa dan Futsal
Read more ...

Mengapa Malaysia tidak pernah layak ke Piala Dunia?

Pertandingan Piala Dunia Bolasepak 2010 di Afrika Selatan sudah hampir ke penghujungnya. Sudah hampir sebulan peminat bolasepak di Malaysia bersorak menyaksikan pertarungan antara negara-negara selain daripada negara tanahair mereka sendiri. Dalam keghairahan bersorak pasti ramai yang tertanya, ‘Bilalah agaknya pasukan kebangsaan Malaysia akan beraksi di pusingan akhir Piala Dunia?’

Melihat pada prestasi pasukan kebangsaan sepanjang beberapa tahun yang lalu, agak mustahil Malaysia dapat beraksi di pentas Piala Dunia. Senarai ranking mutakhir Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) meletakkan Malaysia di tangga 146, setaraf dengan ‘gergasi’ bolasepak yang lain seperti Turkmenistan, Burundi dan Madagascar.

Walhal, kurang 30 tahun yang lalu pasukan bolasepak kebangsaan duduk setaraf dengan Jepun dan Korea Selatan yang sudah berturut kali layak ke pusingan akhir Piala Dunia.  Saya sempat menyaksikan pertarungan antara Malaysia dan Jepun sebanyak dua kali di Stadium Merdeka pada tahun 1980-an. Pertamanya di peringkat separuh akhir Pestabola Merdeka 1986: Malaysia menang 2-1 dalam masa tambahan. Perlawanan kedua ialah di pusingan kelayakan Piala Asia 1988: Malaysia tewas 0-1.

Sekarang, sekiranya Malaysia berjaya menewaskan Jepun ataupun tewas tipis di tangan mereka, pasti dianggap kejayaan yang sangat besar.  Walaupun tewas 0-1 pada tahun 1988, hakikatnya Malaysia pada perlawanan tersebut menguasai pasukan Jepun sepanjang tempoh perlawanan.  Kekalahan tipis ketika itu dianggap cukup mendukacitakan.  

Kemerosotan pasukan bolasepak kebangsaan boleh dilihat daripada pelbagai sudut.  Yang pasti, kemerosotan ini banyak mencerminkan beberapa perkara  ‘pelik’ yang berlaku di dalam negara.

Pertama, jika dilihat pada barisan pemain kebangsaan sekarang, sudah tidak ada lagi pemain berbangsa Cina yang menyarung jersi kebangsaan. Malah, hanya S. Kunalan, pemain dari Negeri Sembilan yang merupakan pemain bukan Melayu tunggal yang sering turun dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan.

Sudah pasti kemerosotan prestasi pasukan bolasepak kebangsaan bukan kerana tiadanya pemain berbangsa Cina. Cuma, apa yang berlaku ialah menularnya polarasi kaum dalam arena sukan negara.

Bolasepak kini boleh dianggap sukan untuk kaum Melayu sahaja, manakala kaum Cina lebih tertumpu pada acara sukan lain seperti bola keranjang dan bola tampar . Dalam bersukan pun sudah kurang integrasi antara kaum! Bukankah ini sesuatu yang amat menyedihkan?

Saya percaya kepelbagaian kaum dalam sebuah pasukan bolasepak ada manfaatnya.  Lihat saja pada pasukan Jerman dalam kejohanan Piala Dunia kali ini. Dalam kesebelasan utama pasukannya yang membenam England dan Argentina, ada permain yang berbangsa Turki, ada yang berasal dari Ghana dan Tunisia, dan di bangku simpanan ada pemain-pemain yang berasal dari Sepanyol dan Brazil. 

Pemain-pemain ini membawa pembaharuan dalam corak permainan pasukan Jerman.  Jika sebelum ini mereka dianggap hanya bergantung kepada disiplin dan organisasi permainan yang tinggi, pasukan Jerman kali ini dilihat mempamerkan aksi menyerang yang baik dan kreatif.

Jangan dipolitikkan sukan


Pasukan kebangsaan Malaysia dahulunya punya kelebihan ini.

Pemain-pemain Melayu dan India lebih exspresif mempamerkan skil permainan manakala pemain-pemain berbangsa Cina dan Sikh punya daya tumpuan dan disiplin yang tinggi. Maka, tidak hairan jika dilihat pada senarai pemain kebangsaan pada tahun 1970-an dan awal 1980-an, tembok pertahanan negara dibarisi pemain-pemain seperti Soh Chin Aun, Santokh Singh, Lee Kin Hong dan Serbegeth Singh; dan tonggak serangan digalas pemain seperti Mokhtar Dahari, Shukor Salleh, Hassan Sani dan Zainal Abidin Hassan.

Budaya yang berbeza membawa gaya permainan yang berbeza, dan ini membawa manfaat bila diadun dengan sempurna. 

Seperkara lagi yang menyedihkan dalam bolasepak negara ialah penglibatan ahli-ahli politik. Memang benar, daripada sudut kewangan penglibatan ahli-ahli politik itu membawa manfaat. Mereka mampu menarik dana yang diperlukan untuk mengurus persatuan bolasepak tempatan. Selain daripada itu, penglibatan mereka sebenarnya tidak perlu. 

Saya tidak faham misalnya mengapa jawatan presiden persatuan-persatuan bolasepak negeri sering dipegang menteri-menteri besar. Tidak cukupkah kerja di pejabat menteri besar sehingga perlu mencari kerja tambahan mengurus persatuan bolasepak?  Mengapa tidak dibiarkan sahaja pentadbir profesional mentadbir dan membuat keputusan?

Saya percaya ramai menganggap penglibatan ahli-ahli politik ini tidak lebih daripada usaha mencari publisiti murahan.        

Kita tidak mahu ahli-ahli politik masuk campur kerana tidak mahu ‘penyakit politik’ meresap dalam bolasepak. ‘Penyakit’ yang paling ketara ialah kurangnya fokus pada rancangan jangka panjang. Banyak dana dan tenaga lebih tertumpu pada kejayaan serta merta. Siapa di kalangan ahli-ahli politik yang mahu membuang masa merancang pelan jangka panjang seperti ‘Malaysia ke Piala Dunia 2018’? Tahun 2018 itu sangat jauh dan jangka hayat politik mereka mungkin tamat sebelum itu.

Sekiranya perancangan rapi dibuat, saya percaya pasukan bolasepak kebangsaan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Saiz dan tubuh pemain yang kecil tidak lagi boleh dijadikan alasan. Pemain-pemain Jepun dan Korea Selatan sudah membuktikan ia bukanlah penghalang untuk mengecap kejayaan. Kejayaan pasukan kebangsaan merangkul pingat emas Sukan SEA tahun lalu perlu dijadikan asas kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Bersorak untuk pasukan Brazil, Sepanyol dan Argentina dalam pertandingan Piala Dunia banyak membawa kepuasan. Namun, bagi setiap peminat bolasepak di tanahair, tidak ada yang lebih memuaskan dan membanggakan daripada bersorak untuk pasukan Malaysia dan mendengar lagu Negaraku berkumandang di stadium. Bilalah agaknya impian ini boleh menjadi kenyataan?
Read more ...

Sunday 30 October 2011

Sains Sukan penentu kejayaan

Sains Sukan penentu kejayaan




BIDANG Sains dan Perubatan Sukan memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju pembangunan serta kejayaan sukan di sesebuah negara.
Dalam kalangan negara maju dan pesat membangun, pengetahuan dalam dua bidang ini sudah lama dipraktikkan dalam arena sukan mereka.
Ia bukan saja penting kepada atlet sukan itu sendiri, malah turut merupakan asas utama kepada jurulatih dalam mengatur hala tuju sistem latihan yang sempurna kepada atlet.
Justeru, dalam usaha mencari kaedah tepat untuk meningkatkan lagi keupayaan dan kemampuan atlet Malaysia , Institut Sukan Negara (ISN) akan mengadakan satu persidangan Sains dan Perubatan Sukan Antarabangsa (SMSS) 2011 pada 28 hingga 30 September depan.
Ikuti temubual wartawan sukan Kosmo!, SHAHRIL NIZAM ABDULLAH dengan Ketua Pengarah ISN, Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz mengenai misi dan visi persidangan antarabangsa kelima ini yang dijadualkan berlangsung di JW Marriot, Kuala Lumpur.
Kosmo!: Terima kasih Datuk kerana sudi meluangkan masa. Pertama sekali apakah tujuan utama persidangan ini diadakan?
DATUK DR. RAMLAN: Sebenarnya persidangan ini dibuat bagi mempromosikan peranan sebenar ISN dalam pembangunan sukan di negara ini khususnya dalam bidang Sains dan Perubatan Sukan kepada semua pihak, terutamanya kepada paksi kami di universiti-universiti negara ini dan juga kepada rakan-rakan kongsi kami.
Namun, apa yang lebih utama ialah persidangan ini mampu menjadi satu platform kepada pengamal-pengamal bidang sains perubatan sukan di Malaysia untuk bertukar fikiran, pengalaman dan merasai semangat berpasukan kerana tidak ramai golongan yang menceburi bidang ini di negara kita. Dengan kata lain, persidangan ini juga adalah satu mekanisme dalam menyatupadukan komuniti ini di Malaysia.
Menjemput pakar-pakar luar negara sebagai penceramah pula sebenarnya hanya untuk mendapat pengetahuan dan perkembangan baru dalam bidang sains perubatan sukan ini, serta melihat sama ada kita sudah bersedia atau tidak mengaplikasikannya di negara kita kerana ada sesetengah perkembangannya masih perlu dikaji kesesuaiannya dengan perkembangan sukan di Malaysia.
Ia juga akan mengukuhkan lagi hubungan dan kaitan di antara para pengamal, jurulatih, pakar-pakar, pengkaji, pelajar dan peminat sukan dalam disiplin sains perubatan dan teknologi serta menyediakan infomasi dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam pembangunan eko sistem sukan.

KEPAKARAN yang dimiliki ahli fisioterapi amat penting dalam mencari kaedah yang sesuai bagi proses meningkatkan prestasi atlet secara keseluruhannya.


BOLEH jelaskan apakah peranan Sains dan Perubatan Sukan sebenarnya?
IA satu bidang atau kajian yang berkaitan dengan prestasi atlet. Walaupun ia hanya salah satu cabang dalam bidang kajian, namun isu atau fokus sebenarnya ialah mengenai pencarian cara dan maklumat untuk meningkatkan prestasi atlet. Sebagai contoh, memberi sokongan dan perubatan sukan kepada atlet dengan menumpukan terhadap pembangunan mental, ketahanan fizikal dan juga pemakanan mereka. Ia satu sokongan penting yang harus diaplikasikan kepada atlet dengan kadar segera dan tidak perlu menunggu sehingga lima atau enam tahun untuk melakukannya.
Jadi, bidang ini akan memberi peluang kepada kita mencari kaedah-kaedah tertentu dan sainstifik dalam membantu atlet meningkatkan prestasi mereka atau perkembangan-perkembangan lain yang berkaitan.
JELAS sekali Sains dan Perubatan Sukan adalah satu bidang yang penting dalam pembangunan sukan di sesebuah negara?
SUDAH tentu ia amat penting. Sesuatu kejayaan atau pencapaian yang dicipta oleh seseorang atlet itu bukan hanya bergantung kepada kemahiran dan bakatnya sahaja, malah ia turut melibatkan proses penjagaan fizikal seperti stamina dan kecergasan mereka serta aspek kekuatan mental seperti psikologi dan sosiologi. Malah ia bukan saja fokus kepada atlet sahaja, malah turut melibatkan proses kajian terhadap jurulatih sendiri.
Jika kita lihat Institut Sukan Australia (AIS), bukan bidang sains dan perubatan sukan sahaja di bawah mereka, tetapi jurulatih juga di bawah kendalian mereka. Begitu juga Institut Sukan Hong Kong yang mana negara mereka telah pun memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Mereka telah mendahului kita sekarang ini kerana sistem mereka di landasan yang betul.
Jadi, di sini kita boleh lihat ada perkaitan atau kesinambungan di antara jurulatih dengan proses-proses kajian Sains dan Perubatan Sukan ini kerana ia juga penting untuk menyalurkan dan menyerap amalan sains sukan tersebut kepada jurulatih kerana kejurulatihan sendiri ialah satu daripada sains sukan. Ia bukan saja mengenai teknik dan kemahiran sahaja.

KEJAYAAN seseorang atlet itu bukan hanya bergantung kepada kemahiran sahaja, namun turut melibatkan proses penjagaan fizikal dan mental atlet itu sendiri.


MENARIK sekali. Baiklah, mengenai persidangan ini nanti, siapakah penceramah yang akan hadir?
KITA menjemput speaker dari luar dan dalam negara. Antara speaker luar negara yang akan hadir ialah Prof. Ron Maughan dari Universiti Loughborough, United Kingdom, Dr. Aaron Coutts dari Universiti Teknologi Sydney, Australia dan Dr. Shona Halson dari AIS, Canberra, Australia.
Manakala speaker tempatan pula ialah Assoc. Prof. Dr. Teoh Heng Teong, penasihat bagi Fitness Concept Malaysia dan juga Tan Sri Dr. M. Jegathesan yang akan memberi ucapan pada hari pembukaan nanti.
SIAPA yang boleh menghadiri persidangan ini?
SMSS 2011 terbuka kepada semua masyarakat yang meminati bidang sukan di luar sana. Dan ia juga terbuka kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam arena sukan seperti jurulatih, atlet, pakar-pakar atau juga pelajar-pelajar di dalam dan luar negara.
Yuran penyertaan kepada pelajar tempatan ialah RM250, bagi peserta tempatan pula ialah RM500 manakala bagi pelajar antarabangsa pula ialah AS$250 dan peserta antarabangsa AS$450.
APAKAH faedah persidangan SMSS 2011 ini kepada sukan negara?
JIKA persidangan seperti ini dapat diadakan selalu, sekurang-kurangnya setiap tahun, jadi faedah dapat disumbangkan kepada eko-sistem sukan kita sendiri, termasuk kepada stakeholder dapat memberi sumbangan kepada budaya baru dalam sukan seperti debat, perbincangan, kompromi dan cara-cara menyelesaikan sesuatu permasalahan itu dengan lebih teratur dan saintifik.
Malah, persidangan ini juga mampu menjana pendapatan kepada negara dari segi industri sukan. ISN menyokong seratus peratus konsep industri sukan yang perkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana ia satu sektor penting dalam pembangunan sukan buat masa ini. Dengan adanya kesedaran yang wujud dalam persidangan ini, ia bakal menarik minat orang luar untuk datang menggunakan kepakaran dan perkhidmatan yang ditawarkan hasil daripada impak positif dalam persidangan seperti ini.

BIDANG Sains dan Perubatan Sukan bakal memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju kecemerlangan seseorang atlet pada masa hadapan.


AKHIR sekali, boleh Datuk jelaskan mengenai akta ISN?
AKTA ini sebenarnya bukan satu pemisahan dengan Majlis Sukan Negara (MSN), tetapi ia adalah usaha untuk ISN kembali semula ke tujuan asal penubuhannya. Dalam dokumen daripada pakar-pakar dari Jerman yang dibentangkan pada 1985, konsep asal MSN ini dilahirkan pada 1972 dengan menubuhkan satu unit sahaja iaitu unit perubatan dan penyelidikan di Kementerian Budaya dan Sukan ketika itu.
Jadi, konsep asal MSN pada masa itu adalah sama seperti ISN ketika ini iaitu menjalankan penyelidikan sains sukan. Namun pada 1994, fungsi ISN dihidupkan kembali dan ditambah dua unit lagi iaitu unit kejurulatihan dan juga unit sumber maklumat. Maka lengkaplah ISN sebagai sebuah institut.
Oleh itu kami, harus mencari jalan yang baik untuk kembali semula menjalankan fungsi sebenar kami seperti tujuan asal dan tiada pertindihan dengan MSN. Kita kena percaya apa yang ada pada rang undang-undang itu amat relevan bukan saja hari ini, malah juga pada masa depan.
Apa pun, akta ini tujuannya ialah untuk memberi pengupayaan kepada ISN bagi menjalankan tugas seperti yang perlu dijalankan. Itu saja.

-http://www.kosmo.com.my
Read more ...

Sukan Untuk Semua' diberi keutamaan

Sukan Untuk Semua' diberi keutamaan


Atlet menembak kebangsaan, Nor Ayuni Abdul Rahman (dua dari kiri) menyerahkan obor kepada Razali Ibrahim sebagai gimik pelancaran Persidangan Antarabangsa Sains Sukan Dan Rekreasi 2011 di Subang Jaya, semalam.


SUBANG JAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengharapkan Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini memberi manfaat kepada rakyat untuk bersukan dan meminati aktiviti berkenaan.
Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Razali Ibrahim, setiap tahun belanjawan negara banyak difokuskan kepada pembangunan sukan bagaimanapun beliau berharap pada edisi kali ini ia memudahkan rakyat melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
"Promosi perlu bermula daripada inisiatif kerajaan barulah rakyat sedar tentang kepentingan sukan walaupun tahap kesihatan itu adalah tanggungjawab individu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Sains Sukan dan Rekreasi (ICSSR) 2011 di sini, semalam.
Jelas Razali, KBS sangat berharap peruntukan kali ini dapat merangsang mempromosikan sukan untuk semua selain melonjakkan sukan prestasi tinggi termasuk di peringkat Sukan Olimpik.
"Saya harap belanjawan kali ini tidak menjejaskan perancangan KBS yang berusaha untuk meningkatkan kedua-dua cabang sukan untuk semua dan sukan untuk prestasi tinggi.
"Kita tidak boleh belanja mengikut kaedah lama jika hendak menarik minat rakyat memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil kita perlu mencari jalan terbaik melakukannya bukan membunuh semangat rakyat.
"Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah cari jalan menggalakkan rakyat bersukan atau meminati aktiviti sukan," katanya.
Pada masa yang sama, Razali berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menganjurkan ICSSR 2011 kerana ia bakal memberi manfaat kepada pelaksanaan sukan untuk semua dan sukan prestasi tinggi.
"Saya mengharapkan penganjuran ICSSR 2011 ini bakal memberi manfaat kepada rakyat kerana kita menekankan tiga perkara untuk mengamalkan cara hidup sihat iaitu pendedahan, kemudahan, kesenangan.
"ICSSR 2011 mampu untuk membantu kerajaan dan KBS bagi menggalakkan rakyat bersukan dengan mencari jalan terbaik untuk mendedahkan tentang kepentingan bersukan, selain daripada memberi kemudahan untuk membeli barangan sukan dan akhir sekali kesenangan atau keselesaan ke tempat bersukan," katanya.
ICSSR 2011 diadakan selama tiga hari bermula semalam dengan menampilkan beberapa panel dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) luar negara dan tempatan untuk membincangkan tentang kepentingan Sains Sukan dan Rekreasi.
Read more ...

Thursday 27 October 2011

Peranan guru jana transformasi pendidikan

PERANAN guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan.

Oleh yang demikian, pemilihan tema hari guru pada tahun ini iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” adalah amat bertepatan sekali.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga guru atas jasa bakti tidak kenal erti jemu dalam usaha mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama, bangsa dan negara.

“Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Menurut beliau, Kementerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan bagi memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah.
“Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang selepas ini akan diikuti pula oleh Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) juga tidak akan berjaya tanpa komitmen dan sokongan jitu para guru.

“Peranan guru juga besar dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Satu Murid Satu Sukan (1M1S).
“Semua dasar dan pembaharuan pendidikan ini tidak akan memberi makna tanpa warga pendidik sebagai golongan yang berada di barisan hadapan dalam memacu arus pendidikan agar sentiasa dinamik dan progresif,” jelas beliau.
Terang beliau lagi, Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi pelan hala tuju Malaysia menjelang 2020 yang dilancarkan pada awal tahun lalu menggariskan beberapa pelan tindakan berkaitan sistem pendidikan negara.
“Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar dan bidang yang menjadi tumpuan adalah prasekolah, kemahiran asas literasi dan numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan peningkatan prestasi Pengetua dan Guru Besar.

“Namun demikian, tanpa komitmen dan usaha gigih para guru, semua pelan yang direncanakan pasti sukar untuk dijayakan dan ia jelas menunjukkan betapa besar peranan para guru yang berupaya mencorak dan membentuk generasi masa muka,” tambahnya.

Abd. Ghafar berkata, transformasi dalam pendidikan akan terus berlaku kerana ia selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dengan acuan tersendiri yang mengambil kira kepercayaan, budaya dan nilai setempat yang terpelihara sekian lama.
“Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum, kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didik.
“Justeru, saya menyeru agar warga pendidik sentiasa bersedia untuk menyambut sebarang perubahan pendidikan bagi diterjemahkan semasa proses P&P dalam bilik darjah,” ujarnya.

Beliau menambah, kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif dan inisiatif bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin.

“Keprihatinan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha seperti menubuhkan jawatankuasa mengkaji beban tugas guru, cadangan wujudkan jawatan pembantu guru, menambah baik infrastruktur sekolah, menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dan menambah kuota pengetua serta guru cemerlang sehingga peringkat JUSA C,” terang beliau.

Abd. Ghafar berkata, cadangan penstrukturan semula pemberian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan bagi guru-guru di Sabah dan Sarawak membuktikan bahawa bidang pendidikan, guru-guru dan murid-murid walau di mana sahaja berada menjadi keutamaan dalam agenda semasa kerajaan.

“Konsep pendemokrasian pendidikan sentiasa dipraktiskan oleh pihak kementerian bagi memastikan peluang mengikuti pendidikan berkualiti dapat dikecapi secara sama rata di seluruh negara tanpa mengira batas geografi, gender, tahap sosio ekonomi, bangsa dan fahaman politik,” jelasnya.

Katanya lagi, pelbagai inisiatif diambil bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir seperti penyediaan Sekolah pendidikan khas dan kelas integrasi pendidikan khas bagi kanak-kanak kelainan upaya
“Kementerian Pelajaran juga telah mengambil langkah memperkemas dan menambah baik syarat dan kriteria pengambilan guru pelatih bagi kursus pra perkhidmatan.

“Langkah untuk meningkatkan profesionalisme guru akan meningkatkan martabat keguruan untuk terus dihormati, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat,” terangnya.
Menurut Abd. Ghafar, usaha memartabatkan profesion keguruan tidak akan mencapai sasaran jika dirancang dan dilaksanakan pada peringkat kerajaan atau kementerian sahaja.
Katanya, warga pendidik sendiri selaku agen perubahan perlu memainkan peranan berkesan dengan cara sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. 

“Guru janganlah jemu berusaha untuk menambah baik amalan pengajaran semasa dan sentiasa berfikiran proaktif, kreatif serta inovatif. 

“Guru-guru juga disarankan supaya mengaplikasi dan mengamalkan kaedah P&P terkini seiring dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu menarik minat murid-murid untuk menimba ilmu,” jelasnya.
Read more ...

KEPENTINGAN SUKAN REKREASI DALAM KURIKULUM

Sukan rekreasi memain peranan yang penting dalam merealisasi FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN dalam melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi Jasmani, emosi, rohani, intelek dan rohani (JERIS). Justeru itu, sukan rekreasi diselaraskan dengan kurikulum di sekolah. Sukan rekreasi menjadi salah satu komponen penting dalam sukatan Pendidikan Jasmani. Denganya adanya sukan rekreasi para murid dapat membina dan mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang sihat.

Apabila sukan rekreasi menjadi salah satu komponen dalam kurikulum mereka, maka para murid haruslah mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Apabila seseorang itu mula melibakan diri secara aktif dalam setiap aktiviti maka secara automatik ini akan menyebabkan tubuh badan mereka sentiasa sihat dan mereka akan menjauhi diri daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok.

Seterusnya, apabila seseorang individu mula untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan rekreasi maka dia akan dapat mengawal emosi dia dengan baik. Contohnya apabila individu A berasa marah atau hatinya tidak tenteram , pastinya setelah mengambil bahagian dalam sukan rekreasi dia pasti dapat menenangkan fikirnya dan membuat keputusan yang baik untuk menyelesaikan masalahnya.

Akhir sekali, mereka juga dapat mengembangan kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan guru ataupun rakan-rakan yang berbilang kaum tanpa sebarang masalah. Ini secara tidak lansung dapat membina perpaduan, semangat kekitaan dalam kalangan anak murid apabila mereka mengikuti sesuatu aktiviti dalam sukan rekreasi. Tambahan pula, Seseorang individu boleh mempelajari nilai nilai murni secara tidak langsungnya apabila mengambil bahagian dalam aktiviti sukan rekreasi yang dianjurkan di sekolah sebagai salah satu syarat bagi memenuhi sukatan kurikulum di sekolah.

Justeru itu, sukan rekreasi sememangnya memberi banyak faedah kepada para murid yang mengikuti matapelajaran ini di sekolah mereka. Oleh itu, sukan rekreasi haruslah dijadi sebagai matapelajaran wajib bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di sekolah menengah dan juga di IPTA. 

ruj:http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com/2010/07/kepentingan-sukan-rekreasi-dalam.html
Read more ...