Thursday 27 October 2011

Hoki

Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakan negara di seluruh dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas padang rumput, dan sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais. Di negara yang mana hoki ais tidak begitu menonjol, jenis hoki yang dimain di dalam padang rumput dikenali dengan mudah sebagai "hoki", sementara di negara yang mempunyai hoki ais, sukan itu dikenali sebagai hoki padang. Adalah dipercayai nama hoki berasal daripada bahasa Perancis, iaitu "hoquet", yang kemudiannya diterjemah kepada bahasa Inggeris menjadi "hockey".

Sejarah Hoki di Malaysia

Sejarah hoki Malaysia hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke negara tersebut oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada ketika itu, hoki masih belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan. Selepas dua dekad lebih, barulah penduduk tempatan mula meminati permainan ini.

Pada 1923, Malaya berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki negara telah menjelajah ke beberapa negara di Macau dan Hong Kong dan mengadakan permainan persahabatan di sana.

No comments:

Post a Comment