Thursday 27 October 2011

Peranan Guru dalam Memacukan Pembangunan Sukan di Malaysia- Abstrak

Abstrak

Kerajaan Malaysia sangat perihatin terhadap pembangunan dan perkembangan sukan di Malaysia. Jesteru itu, Dasar Sukan Negara telah digubal dengan menumpukan kepada Sukan Massa dan Sukan Prestasi Tinggi (Kementerian Belia dan Sukan, 1988). Dasar tersebut bertujuan untuk membentuk masyarakat yang sihat dan cergas melalui penglibatan aktiviti sukan ke arah mencapai kecemerlangan dalam sukan ke tahap tinggi. Strategi pelaksanaan sukan massa dan sukan prestasi tinggi hendaklah dibangunkan serentak dengan pendekatan
serta tumpuan yang berbeza. 
Pendekatan bagi membangunkan sukan massa hendaklah ditumpukan kepada pendidikan sukan. Pendekatan tersebut melibatkan sokongan daripada semua pihak termasuk guru. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana peranan guru dalam memacukan pembangunan sukan di Malaysia. Objektif kajian ialah mengenalpasti tahap ilmu konten guru opsyen dan bukan opsyen dalam bidang sukan berdasarkan Sukatan
Pelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Menengah. Kajian ini turut mengkaji pelaksanaan pengajaran guru opsyen dan bukan opsyen dalam Pendidikan Jasmani. 
 
Sampel kajian melibatkan 189 orang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di tingkatan satu
hingga lima sama ada opsyen atau bukan opsyen dalam bidang Pendidikan Jasmani di sekolah sekolah  menengah Daerah Batang Padang, Perak. 
 
Keputusan kajian mendapati 96.0% guru opsyen mempunyai ilmu konten pada tahap tinggi dan 4.0 % pada tahap sederhana. Bagi guru bukan opsyen, seramai 2.9 % mempunyai ilmu konten pada tahap tinggi, 94.2% pada tahapsederhana dan 2.9% pada tahap rendah. 
 
Kajian ini turut mendapati 90.0 % guru opsyen mengajar lebih dari 50 peratus tajuk-tajuk bidang sukan berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani berbanding 6.4 % guru bukan opsyen. Seterusnya, sebanyak 24.5 % guru bukan opsyen tidak mengajar tajuk bidang sukan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani. 
 
Dapatan kajian ini menggambarkan bahawa pelajar di sekolah menengah yang dikaji tidak mendapat pendidikan sukan yang meluas untuk menggalakkan penyertaan dalam sukan sepenuhnya bagi mencapai matlamat Dasar Sukan Negara khususnya sukan massa.

-Julismah Jani (Ph. D)-

No comments:

Post a Comment